Thursday, 28 July 2016

Nak digapai, tangga tak cukup tinggi. Mungkin sebab modal takde

Pernah tak kita mahukan sesuatu @ seseorang tapi kita sedar kita terbatas untuk memiliki semua tu?

Dalam kes aku ni, melibatkan seseorang. Main dengan umur yang da makin veteran ni, Aku ucap trima kasih kat kawan2 yang tolong aku dalam bab2 Jodoh ni hak3.....
(Dorang tolong sukarela)

Ada yang nak kenalkan aku dengan seseorang, ada jgk yang cuba nak satukan terus aku ngan seseorang adoiiiii😂😂😂😂

Kalau diikutkan, berat hati aku nak menolak pelawaan baik dorang tapi dalam masa sama aku pun berat untuk menerima.

Berat aku nak terima sebab aku tahu & sedar aku ni "tahap" mana. Aku risau, aku bimbang, khuatir. Dalam masa sama aku tak nak terlalu berharap sebab nanti makan diri oooooi....pedih2.....

Balik pada cite aku, macam manusia2 lain dah tentu r aku pun nak ada keluarga sendiri. Dan dah tentu r aku pun ada ter-crush kat seseorang kn...
hak3 phuiii uwekkkk...

Tapi masalah aku, bila aku suka seseorang aku banyak diam pulak😅
Nak aku luah aku risau tepuk sbelah tangan. Tepuk2 tu takde hal lagi, lebih aku risau kalau da luah tetiba rasa awkward tak pasal2 terputus hubungan walau sebagai kawan😨.

Jadi.....kebanyakkannya aku biar berlalu macam tu je r....cuma mampu cinta(huwekkk) dalam hati je.

Now Playing :
Yuna - Penakut

Monday, 23 May 2016

Kesedihan & Terlupa

Salam...hi
Huhu lama rasanya xbukak bnda ni apatahlagi berceloteh dlm ni.

Macam tajuk diatas, hri ni aku nk bercerita
(mungkin lebih kepada luahan 😅).

Diselubungi kesedihan....smua orang pernah lalui benda tu. Memang pedih lebih-lebih lagi bila seorang diri lalui semua tu.

Bagi seseorang yang ada "little circle" dalam masyarakat. Aku da terbiasa dengan semua tu. Sejak dulu aku kekurangan tempah untuk bergantung apatah lagi tempat meluah perasaan. Nak ku luah masalah pada mama, tak tergamak ku nak mama susah hati fikirkan masalah anak lelaki dia ni hik3.

Banyak benda yang menyedihkan aku dalam bab jalani kehidupan seharian. Kebanyakkannya perasaan tak puas hati pada diri sendiri 😢 feeling soo useless
on something I don't even sure.

Dalam sedih tu aku cuba dapatkan balik "kekuatan" dengan banyakkan bertenang. Aku suka dengar nasyid ketuhanan dalam tempoh bertenang huhu...sedikit sebanyak aku tak fikirkan sangat masalah duniawi ni. Manusia....bila sedih kadang Terlupa nikmat yang lain. 😢😢😢



Seorang Hamba yg ingin berpaut 😢😢😢

Monday, 4 April 2016

Dugaan Demi Dugaan yang Menguji Iman



Assalamualaikum,
Lama tak bukak blog hehe


Macam korang baca tajuk kat atas, aku rsa korang leh agak r Fasa apa ku lalui sekarang.
Sekarang aku dalam Fasa kearah perbetulkan diri aku, jiwa, rohani, sahsiah.
Makin lama, makin terbiar, makin lupa tapi alhamdulillah dalam kelekaan hasutan duniawi & hanyutan nafsu, masih ada Iman dalam hati aku ni untuk berfikir & renung tentang Agama yang aku anuti, Islam.

Sampai satu tahap,
bila aku terlalu banyak fikir
tentang dunia,
tentang masa depan duniawi,
tentang perancangan, percaturan, langkah, & berbagai urusan duniawi
tiba-tiba aku rasa da macam "mayat hidup".
Satu jasad yang bergerak macam takde jiwa.
Rutin ulangan bangun tido, mandi, makan, g kerja, makan, cari duit, balik, mandi, makan, tido
macam tu je sisa usia aku habis.

Walau macam mayat hidup, dalam kepala benak aku ni ligat memikirkan tentang masa depan aku,
contohnya perancangan kewangan, keluarga, impian dan lain2 yang kebanyakkannya berkaitan duniawi. Tu lom masuk bab politik lagi. Dulu lau ada je feed politik dalam FB, memang wajib r aku komen luah perasaan kecewa aku kat pemimpin2 negara kita sekarang. Kira keyboard warrior jugaklah aku ni hehe...Frust bang...cam tu r...nk luah kat mana lg kan...

Aku nak berubah jadi LELAKI yang beramal dengan Agama aku, Islam.
Dalam masa (sekarang) aku cuba nak berubah, bermacam-macam masalah, dugaan, cubaan Duniawi menimpa aku.
Makin aku cuba dekat dengan Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, semakin banyak jugak perkara yang membuat Iman aku terasa "goyang".

Rukun Islam yang pertama aku juca jaga, sebenarnnya sejak dari Form 4 aku da mula rajinkan diri dengan tanggungjawab ni. Alhamdulillah, sekarang aku da terbiasa dengan Solat 5 waktu walau ada ketikanya "berlubang" jugak & ini memang sesalan bagi aku.
Lepas Solat aku belajar untuk biasakan bertasbih, & hafal doa.

Waktu nak tido aku cuba untuk berwuduk, dalam nak tido aku "dodoikan" diri aku ngan dengar Nasyid (berlirik ketuhanan, kesedaran & kesalan bukan Nasyid jiwang okey..hehe). ada ketika aku pasang mp3 ayat hafazan bermula dari Surah Dhuha @ mainkan Surah Yassin. aku cuba ikut bacaan2 alQuran tu smbil melelap.

Dalam masa aku menikmati manisnya semua tu,
Syaitan ligat menghasut untuk terus kembali pada keadaan "Lagha".
Ada ketika aku tewas jugak untuk subuh dan masa On The Way ke tempat kerja aku meratapi penuh kesal.

Dalam aku cuba ikut perintahNya, bermacam2 dugaan timpa, contohnya dalam keadaan "pokai", Ada saja benda nak kena settle pakai duit. Time duit ada benda2 ni tak nak berlaku pulak. Bila berlaku benda macam tu, aku macam persoal
"Kenapa benda ni berlaku sedangkan aku baiki hubungan dengan Allah SWT.."

Kerana tak mahu terus dibelenggu persoalan yang bagi aku lahirnya persoalan tu adalah dari bisikan syaitan, aku cuba untuk bertenang, bertasbih/zikir, & terima dugaan ni sebagai Qoda & Qadar.
Aku memujuk diri dengan kata mungkin saja dugaan2 tu satu "hukuman kecil"Allah SWT pada aku atas Dosa2 aku yang lalu.

Astagfirullahalazim...
Banyak dugaan berbentuk masalah ekonomi/kewangan membelenggu. Sebab aku ni jenis yang terbiasa merancang penggunaan duit (duit yang dapat aku FIX banyak mana untuk disimpan dll) jadi bila terkena musibah, aku jadi sedih sebab terpaksa guna duit yang sepatutnya aku simpan.
Aku jadi nak marah tapi Istigfar,
Aku nak mengeluh tapi aku cuba bersandar pada Qoda & Qadar.

Ya Allah.....permudahkanlah buatku untuk memahami sifat Redha & mengingati akan segala perancanganMu lebih baik dari percaturanku...

Monday, 10 November 2014

Kepenatan

Assalamualaikum...

Korg pe kabar?
Smoga sihat2 slalu...
Aku?
Aku KEPENATAN.....

Sungguh aku kepenatan, letih, lesu, haru, hiba, segala macam perasaan "down" yg xmampu aku nak luah.

Aku penat dgn jalan hidup diri sendiri, nasib diri yg memakan diri dr dalam, penat mengalah, penat menundukkan ego, penat segala macam.Sungguh.

Aku penat tgk kebahagiaan org lain, aku xdengki cuma aku perlukan sedikit "sensitiviti" dr masyarakat & orang sekeliling. Tidak perasankah mereka ttg keadaan & situasi aku?

Hendak aku luah, aku tak petah,
Hendak aku mengungkit, aku xingin,
Hendak aku marah mengamuk, apa hak aku,
Hendak aku menjerit, suara aku terbantut,
Lalu ku pendam perasaan smpai bengkak wlaupun makan diri dr dalam aku sekam jugak, aku sorok jgk.
Nak aku kongsi, tiada tempat.

Senyum aku utk melegakan org,
Diam aku utk menyedapkan hati org,
Patuh aku utk menyenangkan org,
Derita aku adakah kesah utk dorg?

Ini smua takdir Tuhan,
Sapa aku nk persoal?
Manusia aku patuh, pada tuhan juga aku berserah. Allah swt xkn uji hambany dgn ujian yg tak mampu d tanggung. Hingga hari ni aku masih dpt bertahan dengan ujian Allah swt. Smakin d uji smakin kuat , tabah perasaan dan jati diri aku yg mbesar tanpa sokongan org. Tiada apa hutang aku dgn masyarakat. Sekecil zarah rezeki yg aku dpt atas pengorbanan dan usaha aku yg tak pernah mhadap simpati org. Yg aku minta hny cuba
"fahamilah aku".

Tuesday, 28 October 2014

Telur dan.........ughhhhheerrrhhhwhwhdgdhsj......

Salam semua...

Korang sarapan apa pagi ni?? Kat Malaysia ni paling2 basic pun makan roti canai @ nasi lemak kn.

Aku sekarang da xmakan da dua benda yg sedap tu....aku tukar pd thosai yg kurang minyak almaklumlah.....nk cutting (kononnya) haha.

Pagi ni aku sarapan makan 3biji telur putih. Telur kuning aku xamik sebab kolestrol...lg pun mmg aku xsuka makan.

Cakap sal telur ni aku memang xsuka dan wekkkkkkk sangat nak makan. Makan td pun paksa telan ja.entah leeeeee aku rsa loya semacam ja makan telur ni. Mngkin sebab peristiwa masa kecik dulu efek pada zaman sekarang hehehe....

Fobia aku ngan telur ni bmula msa aku darjah 4,5 cmtu...masa arwah papa aku bela ayam dua ekor. Ayam kapan xsilap aku. Ayam kapan ni nak macam ayam serama r keciknya. Nak jadi cite, lepas bertelur si ibu ayam ni leh pulak patuk telur sndiri dan makan. Aku ad r masa tu rsa ngaaaaaahuuuweeeekkkkkkkk makan kaum sendiri eeeeee...aaaaaaaa.....mual aku tengok natang ayam tu. Sjak tu lau tengok je @ makan telur ayam
(aku makan telur ayam ja..telur itik, penyu, dll xleh telan aku) aku jd xsedap tekak & perut.

Xp lau makan nasi lemak @ nasi goreng telur leh lg telan tu pun aku campur ngan sambal bnyk2 hehe...sekarang aku kena blaja skit2 cmna nk biasakan makan telur sebab telur ni sumber protein yang bagus dan antara yang paling murah dan senang nak cari. Diet aku sekarang pun terapkan high protein low carb. Abg2 yg sado2 suma ckp makan telur 1papan 1 hari..gilooo oiiiii 3bijik pun da naik merah mata aku menahan ni kan pulak 1 papan mau termuntah aku. Hmmmm....ni suma dugaan dalam proses nak rebuild new body (kononny......puihhhhh).

Ok r tu je r aku nak merapu sal telur. Adioossssssss.....

Sunday, 26 October 2014

DIET, CRAVING,& PFFFTTTTTTTT........



ASSALAMUALAIKUM......

BACK TO THE BLOOOGGGGGGGG!!!!!!
Hehehe...lama x update pape dalam blog ni, bukak2, customise2 skit, bru r ada nafsu nk tengok..

Ok r, dari tajuk tu pun korang leh tau apa benda aku nak membebel mcm mak nenek ni kan?
Iyuuuurrrppppp....D.I.E.T....DIET!

bunyi punya r simple tapi nak laksana tu fuhhhh dia punya dugaan kiri, kanan, depan, belakang suma dia serang. Aku sebenarnya dalam proses nak lose bodyfat (dalam proses sangat.....) jd ilmu psal diet ni aku cari2 r jgk skit2 utk bekalan haha..

Long short, skrang ni aku try DIET
- Rendah Karbohidrat
- Rendah Lemak/Minyak
- Tinggi Protein

Awalnya memang semangat wei...leh lak 1hari xmkn pape xp MASALAHNYA.........
lepas ja waktu keje mmg jd CRAVING GILOSS2 aku bgtau ko.
aduuuuuu bila craving tu mai bukan stakat diet ja KELAUT, duit pun ikut kelaut sama mnambahkan lg frust2 tonggeng2 aku.

Lagi 1, aku blurrrrr nak makan apa sebab makanan di Malaysia ni fuhhh memang SEDAPPP xp utk menu diet aku xnmpak mana 1 patut aku stick. Orang cakap mkn nasi lemak tapi entah r bagi aku nasi macam heavy ja. kang aku makan mmg bukan sesuap xp berbakul...ohhh susah nak kawal emosi ni bila CRAVING.

Korang ada pape suggest x utk aku makan apa utk lose bodyfat??
klu ada share2 ea huhu..

bye2, next time lak.

Saturday, 16 August 2014

TERLALU...

SALAM

SELAMAT PAGI CUTI
heeeeeheeeeeee.......

kadang2 aku terlalu ikut perasaan, entah la knp
tapi mngkin utk skadar melepaskan rasa tak senang/puas hati je
sapa2 yang baca blog aku ni jgn r tersinggung sngt
haha

aku pun bkannya betul sngt...ada jgk bangangnya wakaka
bak kata orang "nobody is perfect"

Tuesday, 22 July 2014

Secebis Warkah, Sekumat Perasaan

Ditelan mati emak,
Diluah mati bapa.
Dipendam makan hati,
Dikongsi sakit hati.

Hidup membesar tanpa sokongan,
Mengajar hati  xmudah goyang.
Lebih keras kalau dibandingkan
Orang lain yang selalu berantakan.

Melihat bahagia pada org lain,
Sambil persoal keadilan dri sndiri,
Sungguh penat, perit, dan letih,
Mengancip gigi toreh ke lain.

Kebaikan dibuat tak dipandang,
Sikit kesilapan kenang ke mati ,
Adakah tenteram hidup begini?,
Selalu bertanya pada diri.

Bila membantu hati pun rela,
Giliran kita tiada sudi mencuba,
Hati kecil pasti terasa,
Ingin mengungkit diri tak rela.

Cuba memadam ego diri,
Melenyapkan juga iri hati,
Setiap masa kita berdiri,
Menahan segala kata & perli.

Diri pula dibanding-banding,
Dengan mereka yang didokong berdiri
Sedangkn diri selalu berfikir,
Tentang bahagia masa depan diri yg lain.

Duduk sndiri dikala sepi,
Melihat bahagia pada yg lain,
Ini smua tentuan Illahi,
Qada&qadar diri patuhi.

- Muhammad Rushan Akmal Bin Ruslan. 23 Julai 2014.

Saturday, 12 July 2014

AKU YANG BERDOSA

Salam,

Bagi mereka yang lahir di dunia & dibesarkan dalam keluarga yang beragama pasti tahu apa itu DOSA & PAHALA. Bagi yang takde pegangan agama skalipun akan relate dua perkara tu dengan BERBUAT BAIK & BERBUAT JAHAT.

Perkara asas yang diajar oleh ibubapa kita sejak kecil. Dingatkan smpai la ke besar kat sekolah/IPT, dinasihat oleh imam2/penceramah dari masa ke masa pasal dua perkara tu. Perkara yang akan menentukan ke SYURGA kah @ ke NERAKA kah kita lepas ini.

Mungkin GANJARAN & BALASAN atas DOSA dan PAHALA yang kita lakukan ni tak nampak secara fizikal, sebab tu kita cenderung utk lupa, leka, lalai, dan sebagainya. Contohnya aku lah.
Lupa, leka, lalai...susahnya nak aku fokus. kadang-kadang tiba satu saat aku betul2 cuba faham & tingkatkan amalan untuk pahala tapi biasanya pasti akan leka kemudian masa.

memang btul la "IMAN MALAIKAT MAINTAIN, IMAN PARA NABI MENAIK, IMAN MANUSIA BIASA NI ADA PASANG SURUT".

DOSA ni memang berkait rapat dengan NAFSU & KEHENDAK. Bila tengok orang bercinta couple bagai terasa jugak nak itulah NAFSU! Bila kita sedar buat dosa muncul rasa kesal yang mendalam sangat. mana tak nya...Bila SOLAT kita berdoa mintak keampunan pastu teringat Dosa yang baru buat memang sesal la. Lepas solat buat balik dosa pastu solat lagi. terasa memang jnis orang yang tak reti bersyukur (T-T).

Bila berdosa, kita tengok pulak masalah2 masyarakat, nak bagi nasihat pun kadang2 segan silu tapi bagi aku segan mcm mana pun klu kita diberi akal waras masa tgk/dapat berita tentang KEBANGSATAN yang berlaku aku bagi jugak nasihat. Syukur sebab hati aku masih TAK MATI untuk menilai BAIK BURUK sesuatu cuma tindakan aku ja bongok. Lepas ni aku cuba untuk berhati-hati, cuba kawal, cuba didik....macam mana pun nak jadimanusia yang SIFAR DOSA memang mustahil la zaman sekarang dgn dugaan yang macam2 cuma dapat berharap PAHALA yang kita buat dapat TAMPUNG DOSA.

-THE END-

Wednesday, 2 July 2014

Piece from Heart

The rain that started falling melts into the dry asphalt
I coldly wrap up with this hand that is mixed with a slight fever

Without seeing the tears, i walk turning something into the victim
As a result I even end up betraying the promise I've on you

But you know, it can change, I remain like this until I will throw away my hope.
Always with you I want to see the same dream like you ...

The repeating days are soaking us more and more
Even that painted place of that day
The downpouring night is never stopping to cry
The night is crying

The rain that started to fall is taking in the smell of the earth with the wind
Collected halfheartedly, my face is reflected in a puddle of water

Is it okay with that ?  
There is only one answer
This is the result born from agony. Please don't ask me anymore

If I blame myself, will my feelings become a little more comforting?
Listen, always I am only pretending to be the victim

I'm walking lining up my hypocrisies even if we laugh together
The rain is washing everything away

The truth is that I was crying on the day you told me it was over
My false smile is melting.

I keep doubting  I keep worrying
Because I think I can live becoming strong
I keep doubting  I keep worrying
Until we can laugh about those days together

The never ending memory, Slowly I'm holding my breathing
I'm closing my eyes and exhale
I'm remembering that day I'm strongly grasping your hand
Wishing to tomorrow

the end.

Friday, 27 June 2014

tak perlulah

Tak perlu menipu ssorg utk mnyedapkan hati dia,
Tak perlu menipu ssorg utk nmpk mulia,
Tak perlu berdalih dgn ayat/knyataan yg lain dari realiti.

Sebab bila smua perkara di atas terbongkar,
Lukanya lebih pedih dan mendalam utk dterima.

Same Shit, Different Person

Saturday, 21 June 2014

..........


Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini dapat aku sembunyikan dari riak muka,
aktiviti harian
tapi di dalam hati ini tak dapat aku menipu sengsara merindu.
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi.
mungkin sudah tidak akan kembali.

malam ku dingin tiada pujuk rayu, gelak tawa, gurau canda mu
Ku kehilangan tawa mesra, separuh semangatku, penyeri hari, dan warna hidup ku

yang aku sedari slepas kehilanganmu

Dengarkanlah rayuan
Tak sanggup aku kehilanganmu
Di dalam jaga aku keliru dengan keadaan dan situasi aku sendiri

Ini aku

.........Tapi ku melepaskan mu....
..............Melangkah namun tak berdaya....

                                            ...........Terus aku....terus menunggu
                                      ............................cinta yang tak pernah ada

Monday, 26 May 2014

. . .

About this time or tomorrow
i wonder where you'll be at
i wonder who you'll be thinking of

You are always gonna be my love
even if someday you fall in love with someone else
I'll remember to love
you taught me how

The frozen time
is about to start
but there are things that i do not want to forget

i know i will be crying
i probably will also be thinking of you
You will always be inside my heart
because it is forever only for you



I hope that i have a place in your heart too

Monday, 17 February 2014

Keluarga Bahagia


Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya

Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Alloh

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia



Tuesday, 28 January 2014

Love is Life, and Life is Live in Happiness




I Love You.....
it not just sentance
but
I really mean it much....

I don't know
.....what/how u feel.....
.....what u think/thought......

Do u feel like how i feel?
Do u miss like how I miss?
Do u trust like how I'm now?
Do u scared like how i'm scared.....?

Scared if I...... don't  make u happy...
Scared if I...... cannot give u wealth...
&.....
Scared of losing u.....

I don't have luxury
I'm happy to live in my humble life
I'm far from 'Mr.perfect' that people keep looking in their life
Can u accept people like me in your life?

If next day u found someone way better than me...
What would u do? what should I do?

Should I being selfish & keep on keeping u?
or...
Should I hardly let u go to him for your happiness?
Because your happiness is part of my happiness too...
&
Your sadness is my mistakes...


Saya sungguh Cintakan awk....Zila
Hny mampu bharap dlm hati yg awk tahu..

Saturday, 19 October 2013

Senyumlah

Salam :)
Hidup tak selalu INDAH
mcm
Langit yang tak selalu CERAH GEMILANG.
Itulah LUMRAH kehidupan.
Lumrah yang kita perlu hadapi walau SESAK,SEKSA,PEDIH,PERIT,SAKIT,LEMAS,DUKA, TERHINA,DIKHIANAT, KECEWA, SENGSARA & dll perasaan yang MENGGANGGU JIWA MENOREH HATI.
Wlau macam mana pun TERUSLAH BERSENYUM. Bagi aku itulah cara yang aku amal sejak zaman bangku sekolah lagi untuk MENANAM 'JASAD' GEMBIRA dalam diri SAAT BERDUKA sekaligus adalah USAHA MELENYAPKAN/MENGURANGKAN KEPERITAN, KESAKITAN yang aku rasa...
SENYUMLAH KAWAN2...SENYUMLAH WALAU UTK SESAAT DALAM BERDUKA :)
SENYUMLAH WALAU KITA BENCI UNTUK SENYUM KERANA PERKARA YANG MENIMPA
POYO WOOOOOHHHHHHH duk main senyum2 gini pulok dohhhh wekkkkkk!! dishh3!!! kikiki..... :P


Sunday, 6 October 2013

I'm Not a GOOD PERSON

73 pintu
73 jalan
yang sampai hnya 1 jalan


Yup.... Tanya sama itu Hud-hud
lagu tentang umat yg akan berpecah pada 73 bahagian tapi yg betul cuma satu

ok lah tu abis bab lagu M.nasir tu hehe

pasal tajuk entry tu...iyuppp...
aku sebenarnya bukan r org yg sangat-sangat baik, suci , bersih dan murni
aku juga manusia biasa yang sering lalai dan tak terlepas dari dosa.

sepertimana maksud Insan...insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. 

Walaupun begitu, Islam memberi petunjuk kepada manusia supaya mendekati kesempurnaan itu sendiri untuk keharmonian manusia sejagat dan juga kepuasan individu.

Wednesday, 22 May 2013

MASA BORING DALAM OFIS

Salam....

Yiiiiiiihaaaaaaaaaa!!!
skrang waktu rehat xp aku duk rehat(tido) dlm surau ofis je...mls nk kuar mkn sbb nk diet(kononnya) smbil2 jimat duit ak hahaha

ok sdkit info..ak keje kt slah satu local developer perumahan kt Bangi ni..overall..ok r kje sni cuma meja aku je mengadap betul2 dpn blik bos & meja bos. Segan jugak r ak d buatny..nak menggeliat pun rsa mcm ishhhh....hehe xsopan..

Mcm tajuk kt atas tu hri ni aku nk bgtau apo x.t.v.t aku lau boring duk lam ofis ni...hehehe
aku suka sngt MELUKIS. Pgang pensil je msti aku sketch2..
sjak kecik lg aku suka melukis ni..kira hobi r smpai dlu2 ak penah buat komik sndiri
(zaman skolah dlu)haha..

pengaruh DRAGON BALL beb...femes time tu anime ni..
kbanyakkan kartun aku lukis ni bdasarkan mood semasa aku time tu..ni a few sketch/drawing aku ;p
ni time otak aku ngah Bluuurrrrrr~~~~


ni time palotak aku ngah kusut..HHUUUAAAARRRGGGHHHH!!!


ni time aku tol2 ngantok oooooooo


nisaja aku testing2 lukis awek wakaka...


ni time ngah kantoi main game harharhar!!!



okeh r tu je entry utk kali ni nnt aku update jugak r...
mybe lpas ni psal isu semasa r pulak kot...kn?
hehe

Tuesday, 21 May 2013

KISAH AKU & DIA - PERMULAAN

salam...

Jam da tunjuk hampir pkul 2pagi kot xp xleh tido r hahaha...entah la aku pun xtau knp mngkin da TERTIDO ptg td. so d saat ak tnggu ngantuk mai ni ak buh r entry bru...

Hmmmm...tah knp r mlm ni aku agak sentimental skit (woiii).Tringat kt awek..ex awek sbnrny..(ni taip smbil dgr lagu frust2 lg emo r aku haha)

so..yup..ak nk crita r skit sal 'kisah cintaku'(huuweeekkk) ni. tajuk hari ni

KISAH AKU & DIA - PERMULAAN

ak knl ex ak ni sbnrny scara kebetulan. ingt lg aku cmna ak knl dia.sumanya start smasa anak sepupu dia men tembak2 no.fon..dia amk no.fon ak kt majalah skolah aku..so dr situ r ak knl ex ak..dlu FRIENDSTER femes lg hoooiii..haha ak pon knl muka dia kes tgk pic kt sana r.dia pun sama.

dlu ak just msj2 je..aku ngan dia ni kira 'kepala gila2' skit..haha..msj asyik melawak je & tu r yg mbuat ak rsa senang hati nk msj2/contact dia tu.sampai r satu hari......

aku blik Malaysia slepas bcuti ngan fmili kt Indonesia nu..time tu raya dan kbetulan pulak Birthday aku..dpt free 1 minggu call beb hehe..sbb ak xtau nk wt hape ngan free reward tu..ak pun call r ex ak ni.leh kata ni 1st time r ak gayut ngan dia..xp msa tu ak just kawan je..ak sbnarnya jnis pendiam weh klu korg nk tau sbb tu ak agak susah nk bgaul ngan org2 sekeliling...xp bla da biasa ak r yg pling bising..kot..hahaha

ok back to the story...

gayut2 hngga pagi oi..nk tdo pun bia on je call tu haha..penah ak ngantuk sngt2 xp xnk letak (off) call ak bgtau dia ak nk rehat mata jap 5minit..tgk2 smpai pagi aku rehat kikiki...call2 smpai r lastday utk reward tu ak rsa sdih r sbb lpas ni mmg ak xleh r nk gayut lama2(gilo ko gayut lama abih r credit aku da r ak student ipt lg time tu)..

& tah mcmmana ak rsa mcm timbul syg kt dia pulak(da mai da jiwang tuuu) dan dia pun samA r kot i guest..so bmula dr situ r aku ngan dia mula bercinta dan hbungn kitorng smakin serius.aku lau da bcinta ngan ssorg mmg ak setia xcri lain da haha..mybe sbb aku xnk org yg aku syg tu sedih.ktorang start bcinta through the fon..dan 1st date a.k.a hari pertama aku sua muka ngan dia ktorng g mkn kt kfc..kt situ r rsa cinta ak kt ex ak ni makin kuat...dan ak syg serta terima dia seadanya.

okes...THE END part 1. nnt ak sambung lg d episod akan dtg har3..tah pape... thanks sudi singgah & membaca ^^

p/s : ohyaaa...today is my sister BIRTHDAY!!!! HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED SISTER NURUL FARHAN BT RUSLAN!!!WISH U ALL THE BEST & PROSPERTY IN YOUR LIFE HERE N HEREAFTER!!!^^