Thursday 28 July 2016

Nak digapai, tangga tak cukup tinggi. Mungkin sebab modal takde

Pernah tak kita mahukan sesuatu @ seseorang tapi kita sedar kita terbatas untuk memiliki semua tu?

Dalam kes aku ni, melibatkan seseorang. Main dengan umur yang da makin veteran ni, Aku ucap trima kasih kat kawan2 yang tolong aku dalam bab2 Jodoh ni hak3.....
(Dorang tolong sukarela)

Ada yang nak kenalkan aku dengan seseorang, ada jgk yang cuba nak satukan terus aku ngan seseorang adoiiiii😂😂😂😂

Kalau diikutkan, berat hati aku nak menolak pelawaan baik dorang tapi dalam masa sama aku pun berat untuk menerima.

Berat aku nak terima sebab aku tahu & sedar aku ni "tahap" mana. Aku risau, aku bimbang, khuatir. Dalam masa sama aku tak nak terlalu berharap sebab nanti makan diri oooooi....pedih2.....

Balik pada cite aku, macam manusia2 lain dah tentu r aku pun nak ada keluarga sendiri. Dan dah tentu r aku pun ada ter-crush kat seseorang kn...
hak3 phuiii uwekkkk...

Tapi masalah aku, bila aku suka seseorang aku banyak diam pulak😅
Nak aku luah aku risau tepuk sbelah tangan. Tepuk2 tu takde hal lagi, lebih aku risau kalau da luah tetiba rasa awkward tak pasal2 terputus hubungan walau sebagai kawan😨.

Jadi.....kebanyakkannya aku biar berlalu macam tu je r....cuma mampu cinta(huwekkk) dalam hati je.

Now Playing :
Yuna - Penakut

Monday 23 May 2016

Kesedihan & Terlupa

Salam...hi
Huhu lama rasanya xbukak bnda ni apatahlagi berceloteh dlm ni.

Macam tajuk diatas, hri ni aku nk bercerita
(mungkin lebih kepada luahan 😅).

Diselubungi kesedihan....smua orang pernah lalui benda tu. Memang pedih lebih-lebih lagi bila seorang diri lalui semua tu.

Bagi seseorang yang ada "little circle" dalam masyarakat. Aku da terbiasa dengan semua tu. Sejak dulu aku kekurangan tempah untuk bergantung apatah lagi tempat meluah perasaan. Nak ku luah masalah pada mama, tak tergamak ku nak mama susah hati fikirkan masalah anak lelaki dia ni hik3.

Banyak benda yang menyedihkan aku dalam bab jalani kehidupan seharian. Kebanyakkannya perasaan tak puas hati pada diri sendiri 😢 feeling soo useless
on something I don't even sure.

Dalam sedih tu aku cuba dapatkan balik "kekuatan" dengan banyakkan bertenang. Aku suka dengar nasyid ketuhanan dalam tempoh bertenang huhu...sedikit sebanyak aku tak fikirkan sangat masalah duniawi ni. Manusia....bila sedih kadang Terlupa nikmat yang lain. 😢😢😢



Seorang Hamba yg ingin berpaut 😢😢😢

Monday 4 April 2016

Dugaan Demi Dugaan yang Menguji Iman



Assalamualaikum,
Lama tak bukak blog hehe


Macam korang baca tajuk kat atas, aku rsa korang leh agak r Fasa apa ku lalui sekarang.
Sekarang aku dalam Fasa kearah perbetulkan diri aku, jiwa, rohani, sahsiah.
Makin lama, makin terbiar, makin lupa tapi alhamdulillah dalam kelekaan hasutan duniawi & hanyutan nafsu, masih ada Iman dalam hati aku ni untuk berfikir & renung tentang Agama yang aku anuti, Islam.

Sampai satu tahap,
bila aku terlalu banyak fikir
tentang dunia,
tentang masa depan duniawi,
tentang perancangan, percaturan, langkah, & berbagai urusan duniawi
tiba-tiba aku rasa da macam "mayat hidup".
Satu jasad yang bergerak macam takde jiwa.
Rutin ulangan bangun tido, mandi, makan, g kerja, makan, cari duit, balik, mandi, makan, tido
macam tu je sisa usia aku habis.

Walau macam mayat hidup, dalam kepala benak aku ni ligat memikirkan tentang masa depan aku,
contohnya perancangan kewangan, keluarga, impian dan lain2 yang kebanyakkannya berkaitan duniawi. Tu lom masuk bab politik lagi. Dulu lau ada je feed politik dalam FB, memang wajib r aku komen luah perasaan kecewa aku kat pemimpin2 negara kita sekarang. Kira keyboard warrior jugaklah aku ni hehe...Frust bang...cam tu r...nk luah kat mana lg kan...

Aku nak berubah jadi LELAKI yang beramal dengan Agama aku, Islam.
Dalam masa (sekarang) aku cuba nak berubah, bermacam-macam masalah, dugaan, cubaan Duniawi menimpa aku.
Makin aku cuba dekat dengan Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, semakin banyak jugak perkara yang membuat Iman aku terasa "goyang".

Rukun Islam yang pertama aku juca jaga, sebenarnnya sejak dari Form 4 aku da mula rajinkan diri dengan tanggungjawab ni. Alhamdulillah, sekarang aku da terbiasa dengan Solat 5 waktu walau ada ketikanya "berlubang" jugak & ini memang sesalan bagi aku.
Lepas Solat aku belajar untuk biasakan bertasbih, & hafal doa.

Waktu nak tido aku cuba untuk berwuduk, dalam nak tido aku "dodoikan" diri aku ngan dengar Nasyid (berlirik ketuhanan, kesedaran & kesalan bukan Nasyid jiwang okey..hehe). ada ketika aku pasang mp3 ayat hafazan bermula dari Surah Dhuha @ mainkan Surah Yassin. aku cuba ikut bacaan2 alQuran tu smbil melelap.

Dalam masa aku menikmati manisnya semua tu,
Syaitan ligat menghasut untuk terus kembali pada keadaan "Lagha".
Ada ketika aku tewas jugak untuk subuh dan masa On The Way ke tempat kerja aku meratapi penuh kesal.

Dalam aku cuba ikut perintahNya, bermacam2 dugaan timpa, contohnya dalam keadaan "pokai", Ada saja benda nak kena settle pakai duit. Time duit ada benda2 ni tak nak berlaku pulak. Bila berlaku benda macam tu, aku macam persoal
"Kenapa benda ni berlaku sedangkan aku baiki hubungan dengan Allah SWT.."

Kerana tak mahu terus dibelenggu persoalan yang bagi aku lahirnya persoalan tu adalah dari bisikan syaitan, aku cuba untuk bertenang, bertasbih/zikir, & terima dugaan ni sebagai Qoda & Qadar.
Aku memujuk diri dengan kata mungkin saja dugaan2 tu satu "hukuman kecil"Allah SWT pada aku atas Dosa2 aku yang lalu.

Astagfirullahalazim...
Banyak dugaan berbentuk masalah ekonomi/kewangan membelenggu. Sebab aku ni jenis yang terbiasa merancang penggunaan duit (duit yang dapat aku FIX banyak mana untuk disimpan dll) jadi bila terkena musibah, aku jadi sedih sebab terpaksa guna duit yang sepatutnya aku simpan.
Aku jadi nak marah tapi Istigfar,
Aku nak mengeluh tapi aku cuba bersandar pada Qoda & Qadar.

Ya Allah.....permudahkanlah buatku untuk memahami sifat Redha & mengingati akan segala perancanganMu lebih baik dari percaturanku...

Monday 10 November 2014

Kepenatan

Assalamualaikum...

Korg pe kabar?
Smoga sihat2 slalu...
Aku?
Aku KEPENATAN.....

Sungguh aku kepenatan, letih, lesu, haru, hiba, segala macam perasaan "down" yg xmampu aku nak luah.

Aku penat dgn jalan hidup diri sendiri, nasib diri yg memakan diri dr dalam, penat mengalah, penat menundukkan ego, penat segala macam.Sungguh.

Aku penat tgk kebahagiaan org lain, aku xdengki cuma aku perlukan sedikit "sensitiviti" dr masyarakat & orang sekeliling. Tidak perasankah mereka ttg keadaan & situasi aku?

Hendak aku luah, aku tak petah,
Hendak aku mengungkit, aku xingin,
Hendak aku marah mengamuk, apa hak aku,
Hendak aku menjerit, suara aku terbantut,
Lalu ku pendam perasaan smpai bengkak wlaupun makan diri dr dalam aku sekam jugak, aku sorok jgk.
Nak aku kongsi, tiada tempat.

Senyum aku utk melegakan org,
Diam aku utk menyedapkan hati org,
Patuh aku utk menyenangkan org,
Derita aku adakah kesah utk dorg?

Ini smua takdir Tuhan,
Sapa aku nk persoal?
Manusia aku patuh, pada tuhan juga aku berserah. Allah swt xkn uji hambany dgn ujian yg tak mampu d tanggung. Hingga hari ni aku masih dpt bertahan dengan ujian Allah swt. Smakin d uji smakin kuat , tabah perasaan dan jati diri aku yg mbesar tanpa sokongan org. Tiada apa hutang aku dgn masyarakat. Sekecil zarah rezeki yg aku dpt atas pengorbanan dan usaha aku yg tak pernah mhadap simpati org. Yg aku minta hny cuba
"fahamilah aku".

Tuesday 28 October 2014

Telur dan.........ughhhhheerrrhhhwhwhdgdhsj......

Salam semua...

Korang sarapan apa pagi ni?? Kat Malaysia ni paling2 basic pun makan roti canai @ nasi lemak kn.

Aku sekarang da xmakan da dua benda yg sedap tu....aku tukar pd thosai yg kurang minyak almaklumlah.....nk cutting (kononnya) haha.

Pagi ni aku sarapan makan 3biji telur putih. Telur kuning aku xamik sebab kolestrol...lg pun mmg aku xsuka makan.

Cakap sal telur ni aku memang xsuka dan wekkkkkkk sangat nak makan. Makan td pun paksa telan ja.entah leeeeee aku rsa loya semacam ja makan telur ni. Mngkin sebab peristiwa masa kecik dulu efek pada zaman sekarang hehehe....

Fobia aku ngan telur ni bmula msa aku darjah 4,5 cmtu...masa arwah papa aku bela ayam dua ekor. Ayam kapan xsilap aku. Ayam kapan ni nak macam ayam serama r keciknya. Nak jadi cite, lepas bertelur si ibu ayam ni leh pulak patuk telur sndiri dan makan. Aku ad r masa tu rsa ngaaaaaahuuuweeeekkkkkkkk makan kaum sendiri eeeeee...aaaaaaaa.....mual aku tengok natang ayam tu. Sjak tu lau tengok je @ makan telur ayam
(aku makan telur ayam ja..telur itik, penyu, dll xleh telan aku) aku jd xsedap tekak & perut.

Xp lau makan nasi lemak @ nasi goreng telur leh lg telan tu pun aku campur ngan sambal bnyk2 hehe...sekarang aku kena blaja skit2 cmna nk biasakan makan telur sebab telur ni sumber protein yang bagus dan antara yang paling murah dan senang nak cari. Diet aku sekarang pun terapkan high protein low carb. Abg2 yg sado2 suma ckp makan telur 1papan 1 hari..gilooo oiiiii 3bijik pun da naik merah mata aku menahan ni kan pulak 1 papan mau termuntah aku. Hmmmm....ni suma dugaan dalam proses nak rebuild new body (kononny......puihhhhh).

Ok r tu je r aku nak merapu sal telur. Adioossssssss.....

Sunday 26 October 2014

DIET, CRAVING,& PFFFTTTTTTTT........



ASSALAMUALAIKUM......

BACK TO THE BLOOOGGGGGGGG!!!!!!
Hehehe...lama x update pape dalam blog ni, bukak2, customise2 skit, bru r ada nafsu nk tengok..

Ok r, dari tajuk tu pun korang leh tau apa benda aku nak membebel mcm mak nenek ni kan?
Iyuuuurrrppppp....D.I.E.T....DIET!

bunyi punya r simple tapi nak laksana tu fuhhhh dia punya dugaan kiri, kanan, depan, belakang suma dia serang. Aku sebenarnya dalam proses nak lose bodyfat (dalam proses sangat.....) jd ilmu psal diet ni aku cari2 r jgk skit2 utk bekalan haha..

Long short, skrang ni aku try DIET
- Rendah Karbohidrat
- Rendah Lemak/Minyak
- Tinggi Protein

Awalnya memang semangat wei...leh lak 1hari xmkn pape xp MASALAHNYA.........
lepas ja waktu keje mmg jd CRAVING GILOSS2 aku bgtau ko.
aduuuuuu bila craving tu mai bukan stakat diet ja KELAUT, duit pun ikut kelaut sama mnambahkan lg frust2 tonggeng2 aku.

Lagi 1, aku blurrrrr nak makan apa sebab makanan di Malaysia ni fuhhh memang SEDAPPP xp utk menu diet aku xnmpak mana 1 patut aku stick. Orang cakap mkn nasi lemak tapi entah r bagi aku nasi macam heavy ja. kang aku makan mmg bukan sesuap xp berbakul...ohhh susah nak kawal emosi ni bila CRAVING.

Korang ada pape suggest x utk aku makan apa utk lose bodyfat??
klu ada share2 ea huhu..

bye2, next time lak.

Saturday 16 August 2014

TERLALU...

SALAM

SELAMAT PAGI CUTI
heeeeeheeeeeee.......

kadang2 aku terlalu ikut perasaan, entah la knp
tapi mngkin utk skadar melepaskan rasa tak senang/puas hati je
sapa2 yang baca blog aku ni jgn r tersinggung sngt
haha

aku pun bkannya betul sngt...ada jgk bangangnya wakaka
bak kata orang "nobody is perfect"