Thursday 28 July 2016

Nak digapai, tangga tak cukup tinggi. Mungkin sebab modal takde

Pernah tak kita mahukan sesuatu @ seseorang tapi kita sedar kita terbatas untuk memiliki semua tu?

Dalam kes aku ni, melibatkan seseorang. Main dengan umur yang da makin veteran ni, Aku ucap trima kasih kat kawan2 yang tolong aku dalam bab2 Jodoh ni hak3.....
(Dorang tolong sukarela)

Ada yang nak kenalkan aku dengan seseorang, ada jgk yang cuba nak satukan terus aku ngan seseorang adoiiiii😂😂😂😂

Kalau diikutkan, berat hati aku nak menolak pelawaan baik dorang tapi dalam masa sama aku pun berat untuk menerima.

Berat aku nak terima sebab aku tahu & sedar aku ni "tahap" mana. Aku risau, aku bimbang, khuatir. Dalam masa sama aku tak nak terlalu berharap sebab nanti makan diri oooooi....pedih2.....

Balik pada cite aku, macam manusia2 lain dah tentu r aku pun nak ada keluarga sendiri. Dan dah tentu r aku pun ada ter-crush kat seseorang kn...
hak3 phuiii uwekkkk...

Tapi masalah aku, bila aku suka seseorang aku banyak diam pulak😅
Nak aku luah aku risau tepuk sbelah tangan. Tepuk2 tu takde hal lagi, lebih aku risau kalau da luah tetiba rasa awkward tak pasal2 terputus hubungan walau sebagai kawan😨.

Jadi.....kebanyakkannya aku biar berlalu macam tu je r....cuma mampu cinta(huwekkk) dalam hati je.

Now Playing :
Yuna - Penakut

Monday 23 May 2016

Kesedihan & Terlupa

Salam...hi
Huhu lama rasanya xbukak bnda ni apatahlagi berceloteh dlm ni.

Macam tajuk diatas, hri ni aku nk bercerita
(mungkin lebih kepada luahan 😅).

Diselubungi kesedihan....smua orang pernah lalui benda tu. Memang pedih lebih-lebih lagi bila seorang diri lalui semua tu.

Bagi seseorang yang ada "little circle" dalam masyarakat. Aku da terbiasa dengan semua tu. Sejak dulu aku kekurangan tempah untuk bergantung apatah lagi tempat meluah perasaan. Nak ku luah masalah pada mama, tak tergamak ku nak mama susah hati fikirkan masalah anak lelaki dia ni hik3.

Banyak benda yang menyedihkan aku dalam bab jalani kehidupan seharian. Kebanyakkannya perasaan tak puas hati pada diri sendiri 😢 feeling soo useless
on something I don't even sure.

Dalam sedih tu aku cuba dapatkan balik "kekuatan" dengan banyakkan bertenang. Aku suka dengar nasyid ketuhanan dalam tempoh bertenang huhu...sedikit sebanyak aku tak fikirkan sangat masalah duniawi ni. Manusia....bila sedih kadang Terlupa nikmat yang lain. 😢😢😢



Seorang Hamba yg ingin berpaut 😢😢😢

Monday 4 April 2016

Dugaan Demi Dugaan yang Menguji Iman



Assalamualaikum,
Lama tak bukak blog hehe


Macam korang baca tajuk kat atas, aku rsa korang leh agak r Fasa apa ku lalui sekarang.
Sekarang aku dalam Fasa kearah perbetulkan diri aku, jiwa, rohani, sahsiah.
Makin lama, makin terbiar, makin lupa tapi alhamdulillah dalam kelekaan hasutan duniawi & hanyutan nafsu, masih ada Iman dalam hati aku ni untuk berfikir & renung tentang Agama yang aku anuti, Islam.

Sampai satu tahap,
bila aku terlalu banyak fikir
tentang dunia,
tentang masa depan duniawi,
tentang perancangan, percaturan, langkah, & berbagai urusan duniawi
tiba-tiba aku rasa da macam "mayat hidup".
Satu jasad yang bergerak macam takde jiwa.
Rutin ulangan bangun tido, mandi, makan, g kerja, makan, cari duit, balik, mandi, makan, tido
macam tu je sisa usia aku habis.

Walau macam mayat hidup, dalam kepala benak aku ni ligat memikirkan tentang masa depan aku,
contohnya perancangan kewangan, keluarga, impian dan lain2 yang kebanyakkannya berkaitan duniawi. Tu lom masuk bab politik lagi. Dulu lau ada je feed politik dalam FB, memang wajib r aku komen luah perasaan kecewa aku kat pemimpin2 negara kita sekarang. Kira keyboard warrior jugaklah aku ni hehe...Frust bang...cam tu r...nk luah kat mana lg kan...

Aku nak berubah jadi LELAKI yang beramal dengan Agama aku, Islam.
Dalam masa (sekarang) aku cuba nak berubah, bermacam-macam masalah, dugaan, cubaan Duniawi menimpa aku.
Makin aku cuba dekat dengan Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, semakin banyak jugak perkara yang membuat Iman aku terasa "goyang".

Rukun Islam yang pertama aku juca jaga, sebenarnnya sejak dari Form 4 aku da mula rajinkan diri dengan tanggungjawab ni. Alhamdulillah, sekarang aku da terbiasa dengan Solat 5 waktu walau ada ketikanya "berlubang" jugak & ini memang sesalan bagi aku.
Lepas Solat aku belajar untuk biasakan bertasbih, & hafal doa.

Waktu nak tido aku cuba untuk berwuduk, dalam nak tido aku "dodoikan" diri aku ngan dengar Nasyid (berlirik ketuhanan, kesedaran & kesalan bukan Nasyid jiwang okey..hehe). ada ketika aku pasang mp3 ayat hafazan bermula dari Surah Dhuha @ mainkan Surah Yassin. aku cuba ikut bacaan2 alQuran tu smbil melelap.

Dalam masa aku menikmati manisnya semua tu,
Syaitan ligat menghasut untuk terus kembali pada keadaan "Lagha".
Ada ketika aku tewas jugak untuk subuh dan masa On The Way ke tempat kerja aku meratapi penuh kesal.

Dalam aku cuba ikut perintahNya, bermacam2 dugaan timpa, contohnya dalam keadaan "pokai", Ada saja benda nak kena settle pakai duit. Time duit ada benda2 ni tak nak berlaku pulak. Bila berlaku benda macam tu, aku macam persoal
"Kenapa benda ni berlaku sedangkan aku baiki hubungan dengan Allah SWT.."

Kerana tak mahu terus dibelenggu persoalan yang bagi aku lahirnya persoalan tu adalah dari bisikan syaitan, aku cuba untuk bertenang, bertasbih/zikir, & terima dugaan ni sebagai Qoda & Qadar.
Aku memujuk diri dengan kata mungkin saja dugaan2 tu satu "hukuman kecil"Allah SWT pada aku atas Dosa2 aku yang lalu.

Astagfirullahalazim...
Banyak dugaan berbentuk masalah ekonomi/kewangan membelenggu. Sebab aku ni jenis yang terbiasa merancang penggunaan duit (duit yang dapat aku FIX banyak mana untuk disimpan dll) jadi bila terkena musibah, aku jadi sedih sebab terpaksa guna duit yang sepatutnya aku simpan.
Aku jadi nak marah tapi Istigfar,
Aku nak mengeluh tapi aku cuba bersandar pada Qoda & Qadar.

Ya Allah.....permudahkanlah buatku untuk memahami sifat Redha & mengingati akan segala perancanganMu lebih baik dari percaturanku...